awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
Konflik Asia Barat: TikTok diminta perjelas kesan krisis tenaga dan geopolitik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia 2026 masuki fasa akhir jualan tiket

Bernama
Bernama
26/03/2026
10:00 MYT
Piala Dunia 2026 masuki fasa akhir jualan tiket
Fasa penjualan tiket keempat dan terakhir itu akan membolehkan peminat membeli tiket menerusi FIFA.com/tickets. - Foto Reuters
Jualan tiket untuk Piala Dunia 2026 akan memasuki fasa keempat dan terakhir pada 1 April yang berlangsung hingga akhir kejohanan, umum FIFA pada Rabu, lapor Xinhua.
Fasa penjualan tiket keempat dan terakhir itu akan membolehkan peminat membeli tiket menerusi FIFA.com/tickets untuk kejohanan 48 pasukan itu, yang dijadualkan berlangsung di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat (AS) pada Jun dan Julai.
Tiket akan dijual berdasarkan “siapa cepat dia dapat”, dan peminat boleh memilih tempat duduk mereka selepas pembelian.
Pemegang tiket daripada fasa sebelumnya juga akan dapat melihat tempat duduk yang diperuntukkan kepada mereka.
"Sebilangan besar peminat dari seluruh dunia telah pun mendapat tempat mereka pada Piala Dunia FIFA terbesar itu menerusi tiga fasa tiket yang telah selesai setakat ini.
“Semasa fasa Cabutan Pemilihan Rawak sahaja, lebih 500 juta permintaan tiket telah dikemukakan oleh orang awam mendorong lebih satu juta tiket dijual menjelang akhir tempoh jualan itu pada 27 Feb," umum FIFA dalam kenyataannya.
"Dengan kejohanan kini kurang 80 hari lagi, rekod kehadiran terkumpul sebanyak 3.5 juta yang dicatatkan pada Piala Dunia FIFA 1994 mungkin dapat diatasi pada pertandingan tahun ini," menurut FIFA.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Piala Dunia 2026
#jualan tiket
#fasa akhir
#FIFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan