awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahmud Abu Bekir saman Cahya Mata Sarawak didakwa halang hadiri mesyuarat pengarah
Margin Gamuda dikhuatiri tertekan berikutan peningkatan kos bahan mentah - CGSI
UCL: Gol Luis Diaz, Harry Kane pacu Bayern Munich tumbangkan Real Madrid di Santiago Bernabeu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Malaysia: JDT mara ke final buat kali keenam berturut-turut

Bernama
Bernama
07/04/2026
14:50 MYT
Piala Malaysia: JDT mara ke final buat kali keenam berturut-turut
Dengan agregat 8-1, Harimau Selatan mudah sekali lagi berada dalam perlawanan akhir sambil menunggu sama ada Kuching City atau Selangor yang bakal menjadi lawan di Bukit Jalil nanti. - Gambar Stadium ASTRO
Juara Liga Super 12 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), mengulangi pencapaian lalu apabila berjaya mara ke final Piala Malaysia buat kali keenam berturut-turut selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.
Dengan agregat 8-1, Harimau Selatan mudah sekali lagi berada dalam perlawanan akhir sambil menunggu sama ada Kuching City atau Selangor yang bakal menjadi lawan di Bukit Jalil nanti.
Separuh masa pertama separuh akhir kedua itu menyaksikan JDT gagal mencuri peluang untuk menjaringkan gol dan terpaksa berpuas hati dengan kedudukan seri 0-0 di babak pertama.
Kecemerlangan penjaga gol kedua pasukan pelawat yang merupakan debut musim ini, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, menjadi watak penting menyelamatkan gawang daripada dibolosi.
Meskipun sepakan penalti meliar, namun penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Bergson Da Silva, tetap menyumbat gol pada 45 minit kedua permainan.
Dalam tempoh 10 minit, skuad kendalian Xisco Munoz menjaring tiga gol dan satu daripanya hasil rembatan Syahmi Safari.
Bakal tonggak naturalisasi Harimau Malaya, Giancarlo Gallifuoco, menanduk masuk jaringan sagu hati buat The City Boys sebelum bekas import Sabah, Ajdin Mujagic, menutup aksi dengan kelebihan berganda buat tuan rumah.
Adakah JDT bakal meraih kejuaraan buat kali keempat berturut-turut? - Stadium ASTRO
Topic Berkaitan
#Piala Malaysia
#JDT
#perlawanan akhir
#penjaring terbanyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan