awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit mengukuh kepada 3.94 berbanding dolar AS susulan optimisme rundingan AS- Iran
Pembelajaran sepanjang hayat tonggak masyarakat bermentaliti kelas pertama – Halimah Yacob
Herning jadi medan simulasi persiapan Piala Thomas dan Uber 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Thomas 2026: Malaysia 'kuda hitam' di Denmark – Zii Jia

Astro AWANI
Astro AWANI
14/04/2026
23:56 MYT
Piala Thomas 2026: Malaysia 'kuda hitam' di Denmark – Zii Jia
Lee Zii Jia. - Foto BERNAMA
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia melihat Malaysia sebagai pasukan yang berpotensi mencipta kejutan pada saingan Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei ini.
Pemain berusia 28 tahun yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu berkata status tersebut, memberi kelebihan tersendiri kepada skuad negara yang dilihat berpeluang untuk melangkah jauh, jika setiap pemain memainkan peranan masing-masing dengan baik.
“Tentunya pada saya pasukan Malaysia ialah ‘dark horse’. Peluang memang ada, tetapi untuk diri saya sendiri saya tidak meletakkan jangkaan terlalu tinggi. Hanya cuba melakukan apa yang perlu saya lakukan sebagai pemain perseorangan ketiga.
“Jadi kalau saya dapat main (memang) akan bermati-matian, tentunya ia amat penting (dan juga) semua yang bermain memang mempunyai peranan sangat penting dalam pasukan. Jadi saya rasa tak kira siapa yang bermain, saya akan bermain sebaiknya,” katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM), malam tadi.
Skuad negara semalam berkumpul di ABM, sebelum berlepas ke Herning untuk melakukan kem latihan berpusat untuk kejohanan berprestij itu hujung bulan ini dalam usaha memburu kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada 1992.
“Memang gembira boleh dapat terpilih untuk Piala Thomas sekali lagi terutamanya dalam keadaan prestasi kebelakangan ini pun tak bagus. (Jadi) terima kasih BAM kerana percaya dengan saya,” katanya.
Zii Jia sebelum ini bergelut dengan kecederaan sejak mengalami masalah buku lali pada final Jelajah Dunia Disember 2024, sebelum kembali beraksi pada Masters Orleans dan Seluruh England pada Mac tahun lepas.
Dengan kecederaan buku lali yang masih belum pulih sepenuhnya, beliau terpaksa berehat sekali lagi sebelum kembali ke gelanggang pada Kejohanan Dunia di Paris, Ogos lepas.
Pada September, beliau beraksi pada Terbuka Hong Kong sebelum menarik diri pada pusingan pertama Masters China akibat kecederaan belakang.
Susulan daripada itu, pemain kelahiran Kedah berkenaan membuat keputusan untuk berehat sepenuhnya bagi memberi tumpuan kepada pemulihan.
Sejak kembali beraksi bermula dengan Terbuka Malaysia 2026 pada Januari lepas, Zii Jia hanya sekali mara ke suku akhir iaitu Masters Thailand 2026 (Januari), daripada keseluruhan enam kejohanan disertainya tahun ini.
Selain Zii Jia, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan tiga lagi pemain yang bakal dipertaruhkan membarisi kem perseorangan negara iaitu Leong Jun Hao, Justin Hoh dan Aidil Sholeh Ali Sadikin.
Acara beregu lelaki menyaksikan cabaran negara diterajui pasangan nombor dua dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik, selain Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta gandingan profesional Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani.
Skuad lelaki kebangsaan diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, England dan Finland.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Denmark
#badminton
#Lee Zii Jia
#Piala Thomas 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan