awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Oscars 2026: 'KPop Demon Hunters' menang filem animasi terbaik
Oscars 2026: Amy Madigan menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Oscars 2026: Amy Madigan menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Israel terus tutup Masjid Al-Aqsa masuk hari ke-16 berturut-turut

Astro AWANI
Astro AWANI
15/03/2026
17:52 MYT
Pihak berkuasa Israel terus tutup Masjid Al-Aqsa masuk hari ke-16 berturut-turut
Buat pertama kali sejak 1967, jemaah dilarang daripada menunaikan solat di Al-Aqsa semasa hari-hari terakhir bulan suci Ramadan. - Gambar AP
Pihak berkuasa pendudukan Israel terus menutup pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki, sekali gus menghalang jemaah daripada mengakses tempat suci itu untuk hari ke-16 berturut-turut, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Buat pertama kali sejak 1967, jemaah dilarang daripada menunaikan solat di Al-Aqsa semasa hari-hari terakhir bulan suci Ramadan.
Pejabat Gabenor Baitulmuqaddis sebelum ini memberi amaran mengenai peningkatan retorik hasutan berbahaya yang diketuai oleh kumpulan ekstremis "organisasi kuil" terhadap Al-Aqsa di tengah-tengah langkah sekatan yang berterusan.
Kenyataan itu menegaskan bahawa apa yang berlaku ketika ini tidak boleh dianggap sebagai langkah keselamatan sementara seperti yang didakwa oleh pihak berkuasa Israel.
Sebaliknya, tindakan itu merupakan sebahagian daripada agenda politik dan ideologi yang bertujuan untuk mengubah status agama, sejarah, dan undang-undang sedia ada bagi masjid berkenaan.
-- BERNAMA-WAFA
Topic Berkaitan
#Israel
#Masjid Al-Aqsa Mosque
#penutupan
#jemaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan