awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ekosistem semikonduktor perlu pendekatan menyeluruh kerajaan - Akmal Nasir
Harga minyak naik. Adakah untung PETRONAS naik? Ini analisis Pengerusi KRI
AS terperangkap dalam perang yang dicetuskan sendiri - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pijak al-Quran: Kes tatatertib pelajar diputuskan minggu depan - UMPSA

Bernama
Bernama
04/03/2026
14:04 MYT
Pijak al-Quran: Kes tatatertib pelajar diputuskan minggu depan - UMPSA
Kes tatatertib yang dijalankan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terhadap pelajar didakwa mencemar al-Quran akan diputuskan pada minggu depan.
Kes tatatertib yang dijalankan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terhadap pelajar didakwa mencemar al-Quran akan diputuskan pada minggu depan.
Naib Canselor UMPSA Prof Dr Yatimah Alias berkata keputusan itu akan dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi.
“Proses tatatertib dijalankan mengikut Kaedah 58 Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib pelajar) 2024 yang boleh dihukum sehingga dibuang daripada universiti, jika sabit kesalahan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Kolaborasi UMPSA Bersama Media dan Majlis Berbuka Puasa di sini hari ini.
Semalam, penuntut berkenaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial bulan lepas.
Bagaimanapun, S. Vikneswaran, 21, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes pijak
#Al-Quran
#tatatertib
#UMPSA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan