awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindaan Akta 164 progresif, tepat pada masa - Azalina

Bernama
Bernama
26/08/2016
23:06 MYT
Pindaan Akta 164 progresif, tepat pada masa - Azalina
Beliau berkata pindaan itu amat relevan dengan situasi semasa yang melibatkan kes kebajikan wanita dan kanak-kanak. - Gambar fail
Pindaan ke atas Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) adalah keputusan yang progresif dan tepat pada masanya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata pindaan itu amat relevan dengan situasi semasa yang melibatkan kes kebajikan wanita dan kanak-kanak.
"Pindaan Akta 164 ini diharap dapat menyelaraskan percanggahan yang timbul melibatkan peranan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan Kabinet untuk membuat pindaan ke atas Akta 164, yang merupakan undang-undang keluarga bagi perkahwinan dan perceraian pasangan bukan Islam, dengan segera berpandukan tiga prinsip utama.
Azalina yang juga Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen berkata tiga prinsip dalam pindaan tersebut akan memudahkan pasangan mencari penyelesaian terbaik demi kebajikan anak-anak terutama dari segi hak penjagaan dan nafkah.
Sementara itu, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata pindaan itu boleh menamatkan kontroversi berpunca daripada penukaran agama dan permulaan memperbaiki hubungan antara agama.
Menganggap keputusan Najib sebagai berani dan adil, Mah berkata kebajikan dan kepentingan kanak-kanak yang terlibat perlu diberi keutamaan kerana mereka tidak harus menjadi mangsa dalam pertikaian perkahwinan.
"Kami berterima kasih dan gembira prinsip serta pembelaan berterusan sejak beberapa tahun lalu didengar oleh kerajaan untuk membawa penyelesaian yang diperlukan ke atas isu yang sudah lama," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#Akta 164
#Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976
#Azalina Othman Said
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan