awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pistol di Stadium Shah Alam bukan milik polis

Bernama
Bernama
06/11/2013
23:00 MYT
Pistol di Stadium Shah Alam bukan milik polis
Polis Selangor mengesahkan penemuan sepucuk pistol dan tujuh butir peluru dalam tandas di Stadium Shah Alam pada perlawanan akhir Piala Malaysia Ahad lepas, bukan milik anggota pasukan itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan kehilangan pistol dari mana-mana anggota keselamatan yang bertugas ketika berlangsungnya perlawanan antara pasukan Pahang dan Kelantan.
"Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan berhubung penemuan pistol dan tujuh butir peluru itu. Kita juga tidak menerima sebarang laporan kehilangan pistol itu dari mana-mana anggota keselamatan yang bertugas pada hari berkenaan," katanya.
Mohd Adnan berkata siasatan menyeluruh akan dilakukan termasuk motif pistol itu dibawa masuk ke dalam stadium oleh pemiliknya.
Akhbar semalam melaporkan penemuan sepucuk pistol jenis Browning dan tujuh peluru dalam tandas di Stadium Shah Alam ketika perlawanan akhir Piala Malaysia oleh seorang anggota polis yang kebetulan mahu menggunakan tandas.
Topic Berkaitan
#Piala Malaysia
#pistol
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan