awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0: Jenis aktiviti sukan, rekreasi yang dibenarkan bermula 12 Februari

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
11/02/2021
12:54 MYT
PKP 2.0: Jenis aktiviti sukan, rekreasi yang dibenarkan bermula 12 Februari
Joging/ brisk walking; berbasikal dan senaman yang terhad kepada dua orang dan dilakukan dalam kawasan kejiranan sahaja, adalah antara yang dibenarkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kebenaran beberapa sektor sukan dan rekreasi untuk beroperasi semula menjadi berita gembira kepada banyak pihak.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini mengemukakan permohonan untuk membenarkan beberapa lagi aktiviti sukan khususnya yang bersifat individu serta tanpa sentuhan bagi tujuan kecergasan diri, penjagaan kesihatan individu dan peningkatan kemahiran kendiri serta kelangsungan industri sukan negara.
Sektor sukan apakah yang dibenarkan itu? Berikut adalah jenis aktiviti sukan dan rekreasi yang dibenarkan kembali beroperasi:
- Joging/ brisk walking; berbasikal dan senaman yang terhad kepada dua orang dan dilakukan dalam kawasan kejiranan sahaja; tenis; badminton; ping pong (acara perseorangan sahaja); permotoran (dua roda dan empat roda); gimnasium dan golf.
- Aktiviti kemahiran kendiri sukan berpasukan seperti bola sepak, bola keranjang, hoki dan sepak takraw yang dilakukan tanpa sentuhan fizikal.
- Penggunaan fasiliti sukan dan rekreasi komersial melibatkan pusat kecergasan, gimnasium, dewan badminton, gelanggang tenis, pingpong, takraw, padang hoki, bola sepak, futsal, bola keranjang, pusat litar permotoran dan padang golf hendaklah secara penjadualan dan tempahan.
- Bagaimanapun penggunaan secara walkin TIDAK DIBENARKAN.
- Sehingga kini semua jenis sukan dan aktiviti rekreasi yang melibatkan sentuhan, masih lagi TIDAK DIBENARKAN.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sehingga kini semua jenis sukan dan aktiviti rekreasi yang membabitkan sentuhan, masih lagi tidak dibenarkan.
"Prosedur operasi standard (SOP) terperinci boleh dirujuk di laman sesawang KBS dan MKN. Pematuhan SOP turut akan dipantau oleh pasukan sukarelawan yang ditubuhkan atas inisiatif KBS iaitu Rakan Muda Sports Bubble Volunteers," katanya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Reezal Merican Naina Merican
#Reezal Merican
#KBS
#SOP
#bola sepak
#golf
#badminton
#Belia
#sukan
#hoki
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan