awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0: Pakar kesihatan jangka perlu tempoh lama untuk kurangkan jangkitan

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
15/01/2021
05:14 MYT
PKP 2.0: Pakar kesihatan jangka perlu tempoh lama untuk kurangkan jangkitan
Dr Malina juga berpendapat, kelonggaran di sektor sosial dan ada yang tidak mematuhi SOP menyebabkan penularan dalam komuniti meningkat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pakar kesihatan berpendapat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dilaksanakan lebih lama sekiranya kerajaan mahu melandaikan graf penularan COVID-19.
Hujah Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, ketika kali pertama PKP dilaksanakan pada Mac 2020, jumlah maksimum kes aktif adalah sekitar 2,596 berbanding 33,000 pada 14 Januari.
Disebabkan jumlah kes aktif yang tinggi ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan lebih banyak masa dalam usaha mereka untuk melandaikan penularan COVID-19.
"Bila kita melihat pada data, kita bandingkan pada tahun lepas kita ada kes aktif sekitar 2,596 berbanding semalam lebih 33,000.
"Jadi sehubungan itu, jika tahun lepas kita memerlukan sekitar 6 minggu atau 2 bulan, saya jangkakan kita perlukan lebih daripada dua bulan. Saya jangka kita perlu tiga bulan untuk angka 33,000 itu dapat diturunkan," katanya kepada Astro AWANI.
Beliau juga berpendapat, kelonggaran di sektor sosial dan ada yang tidak mematuhi SOP menyebabkan penularan dalam komuniti meningkat.
Isnin lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri - Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah - untuk tempoh 14 hari bermula Rabu (13 Jan) hingga 26 Januari.
Enam lagi negeri - Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan dilaksanakan PKP Bersyarat (PKPB) manakala PKP Pemulihan (PKPP) bagi Perlis serta Sarawak, untuk tempoh sama.
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Pelaksanaan PKP
#UPM
#Dr Malina Osman
#pandemik
#COVID-19
#kes aktif
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan