awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: ERL gantung sementara perkhidmatan mulai Sabtu

Bernama
Bernama
03/04/2020
03:58 MYT
PKP: ERL gantung sementara perkhidmatan mulai Sabtu
ERL memohon maaf di atas kesulitan yang terpaksa dihadapi dan menasihatkan penumpang supaya mengambil langkah alternatif untuk pengangkutan mereka.
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) menggantung semua perkhidmatan trennya bermula Sabtu sepanjang tempoh lanjutan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana jumlah penumpang yang amat rendah sepanjang lapan hari lepas.
ERL dalam satu kenyataan hari ini berkata akibat pandemik COVID-19 semua penerbangan dihentikan dan hampir semua pejabat dan perkhidmatan ditutup, mengakibatkan hampir tiada perjalanan udara dan bilangan pengguna perkhidmatan ERL yang terhad.
"Syarikat telah meminta nasihat pihak berkuasa berkaitan dan memutuskan untuk menggantung sementara perkhidmatannya dalam tempoh berkenaan. ERL akan terus menyediakan perkhidmatan kepada semua penumpang sebaik sahaja PKP ditamatkan," menurut kenyataan syarikat itu.
Sementara itu, ERL berkata penggantungan sementara perkhidmatan ERL di Kuala Lumpur mencerminkan keadaan sama dihadapi banyak negara seperti City Airport Train di Vienna, Rhonexpress di Lyon, Gatwick Express di London, Gautrain di Johannesburg, dan Airport Express Line di New Delhi.
ERL memohon maaf di atas kesulitan yang terpaksa dihadapi dan menasihatkan penumpang supaya mengambil langkah alternatif untuk pengangkutan mereka.
Ia menasihatkan penumpang supaya mengemukakan sebarang tiket yang tidak digunakan untuk pembayaran balik menerusi Pertanyaan Pelanggannya.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari www.KLIAekspres.com, Facebook KLIA Ekspres atau hubungi Pertanyaan Pelanggan di 03-2267 8000 (Isnin hingga Jumaat 8.30 pagi - 6.00 petang waktu tempatan).- BERNAMA
Topic Berkaitan
#City Airport Train di Vienna
#COVID-19
#ERL
#Express Rail Link Sdn Bhd
#KLIA
#Kuala Lumpur
#penerbangan dihentikan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan