awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Jumlah kenderaan masih tinggi di P. Pinang

Bernama
Bernama
13/01/2021
16:24 MYT
PKP: Jumlah kenderaan masih tinggi di P. Pinang
Jalan raya seperti susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang dari Seberang Jaya dan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu menghala ke George Town serta Jambatan Pulau Pinang mengalami kesesakan beberapa kilometer kerana jumlah kereta yang banyak. - BERNAMA
GEORGE TOWN:Jumlah kenderaan di beberapa lokasi jalan raya di Pulau Pinang tidak menunjukkan penurunan ketara walaupun negeri itu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu, bermula Rabu.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata jumlah kenderaan masih tinggi terutama ketika waktu puncak dipercayai kerana orang ramai ke tempat kerja masing-masing.
Tinjuan Bernama mendapati jalan raya seperti susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang dari Seberang Jaya dan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu menghala ke George Town serta Jambatan Pulau Pinang mengalami kesesakan beberapa kilometer kerana jumlah kereta yang banyak.
Malah ada pemandu kenderaan yang tinggal di kawasan tanah besar mendakwa mereka juga terperangkap dalam kesesakan hampir dua jam dari Seberang Jaya hanya untuk sampai ke Jambatan Pulau Pinang untuk masuk ke bahagian pulau.
Sementara itu, Sahabudin berkata sebanyak 44 sekatan jalan raya (SJR) yang dijalankan di seluruh Pulau Pinang dan jumlah itu akan ditambah pada masa depan jika terdapat keperluan untuk berbuat demikian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Sahabudin Abd Manan
#Ketua Polis Pulau Pinang
#Seberang Jaya
#George Town
#Jambatan Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan