awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Artemis II pecah rekod Apollo 13 sebagai misi manusia paling jauh dari Bumi
Sembilan anggota polis dihukum mati di India berhubung kematian tahanan semasa COVID-19
UK semak semula hak kemasukan Kanye West susulan bantahan festival
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Kelantan benarkan bengkel, kedai dobi dan kedai perkakasan dibuka

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
30/04/2020
07:02 MYT
PKP: Kelantan benarkan bengkel, kedai dobi dan kedai perkakasan dibuka
Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, kebenaran yang diberikan itu melibatkan pemilik perniagaan yang sudah mendapat kelulusan menjalankan perniagaaan dari MITI. - Gambar fail
Kerajaan Kelantan akan memberikan kebenaran bengkel kenderaan dan juga kedai dobi beroperasi selepas tiada kes COVID-19 baharu dikesan sepanjang 13 hari di negeri itu.
Bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, kebenaran yang diberikan itu melibatkan pemilik perniagaan yang sudah mendapat kelulusan menjalankan perniagaaan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Kedai menjual bahan binaan turut dibenarkan beroperasi.
“Kita bincang beberapa kelonggaran yang patut dalam aktiviti ekonomi jadi setuju sesuai dengan apa yang diputuskan di peringkat Persekutuan kita beri kelonggaran untuk bergerak, kedai hardware, bengkel,” kata Mohd Amar selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada Khamis.
Kebenaran yang diberikan bersyarat dengan pemilik perniagaan perlu mengikuti peraturan yang ditetapkan selain memohon kebenaran dari pihak berkuasa tempatan.
Kelantan antara negeri yang diisytiharkan sebagai zon hijau selepas tiada kes baru jangkitan manakala kesemua mereka yang dirawat di hospital dibenarkan pulang.
Topic Berkaitan
#Ahmad Yakob
#COVID-19
#ekonomi
#Hospital
#kerajaan
#keselamatan
#koronavirus
#Menteri Besar
#MITI
#Mohd Amar Nik Abdullah
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan