awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Taufan Tropika Gezani landa Madagascar, sembilan maut
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Sektor peruncitan yang mahu beroperasi perlu ikut SOP ini

Astro Awani
Astro Awani
01/05/2020
10:21 MYT
PKPB: Sektor peruncitan yang mahu beroperasi perlu ikut SOP ini
Sektor peruncitan adalah antara sektor ekonomi yang dibenarkan untuk beroperasi semula mulai 4 Mei. - Gambar hiasan
Sektor peruncitan adalah antara sektor ekonomi yang dibenarkan untuk beroperasi semula mulai 4 Mei depan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ia merangkumi restoran, kompleks beli belah, pasar raya, pasar raya besar, stesen minyak, departmental store, farmasi, penjagaan diri, butik, kedai pakaian, aksesori fesyen dan kedai serbaneka.
Selain itu, kedai dobi termasuk layan diri, kedai perabot, kedai emas, kedai barangan elektrik dan elektronik, kedai buku dan alat tulis, kedai hardware, kedai makanan haiwan, bengkel kenderaan, kedai penyelenggaraan dan alat ganti, kedai cermin mata dan alat optik.
Namun demikian ia tertakluk kepada arahan dan peraturan pihak berkuasa tempatan yang berkuatkuasa, operasi di kawasan PKPD tidak dibenarkan dan pekerja asing wajib menjalani ujian makmal kesihatan COVID-19.
Kerajaan juga mengenakan beberapa syarat termasuk waktu pengoperasian yang menyaksikan tiada restoran yang dibuka 24 jam jam buat masa ini.
Aktiviti dan protokol di sektor peruncitan adalah seperti berikut:
1. Kebersihan premis
a) Proses nyah kuman dan pembersihan dilaksanakan selepas operasi b) Proses nyah kuman dan pembersihan dilaksanakan 3 kali sehari dalam tempoh operasi terutamanya di kawasan umum seperti surau, tandas, stor, pejabat dan kaunter
2. Pengurusan pelanggan
a) Menghad laluan keluar masuk pelanggan ke premis b) Meminima kemasukan pelanggan ke dalam premis pada satu-satu masa tertakluk kepada saiz premis c) Melaksanakan Program Kesedaran Awam
3. Saringan kesihatan
a) Memastikan semua staf, pembekal dan pelanggan melalui proses saringan suhu badan
4. Penggunaan hand sanitiser
a) Hand sanitiser disediakan di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk
5. Pemakaian face mask
a) Mewajibkan pemakaian face mask oleh pekerja ketika berurusan
6. Pemantauan dan pematuhan
a) Menyelaras dan memantau supaya semua peraturan dipatuhi oleh pekerja dan pelanggan b) Meningkatkan kesedaran tentang kebersihan premis dan pekerja
7. Penjarakan sosial
a) Memastikan penjarakan sosial 1 meter sepanjang masa
8. Transaksi tanpa sentuhan
a) Digalakkan membuat bayaran secara elektronik
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ekonomi
#kerajaan
#koronavirus
#KPDNHEP
#minyak
#Muhyiddin Yassin
#operasi
#pekerja asing
#PKPB
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan