awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB terima dua anugerah kecemerlangan TVET

Astro Awani
Astro Awani
21/09/2023
10:24 MYT
PKPB terima dua anugerah kecemerlangan TVET
Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) merangkul dua anugerah dalam Malaysia Education & TVET Award 2023.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) merangkul dua anugerah dalam Malaysia Education & TVET Award 2023.
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu menerima anugerah Best NGO Championing Skills & Development For Youths, dianugerahkan kepada Ketua Jaringan Kerjasama Industri dan Komuniti, Nor Azizah Azizan dan Ketua Pembangunan Belia Positif, Mohd Azwan Shaharis.
Manakala Setiausaha Agung PKPB, Mohammad Rizan Hassan dianugerahkan Malaysia’s Outstanding Personality Award (Leadership in Youth Development).
Presiden PKPB, Rasana Mahamad Ali berkata, membawa semangat “Bantu Belia Bantu Negara”, inisiatif Projek Belia Mahir yang digerakkan NGO itu sejak 2010 telah memberi manfaat kepada 50,000 belia.
Menurutnya, paling ramai mendapat manfaat ialah kumpulan belia tercicir dan kelainan minat serta kumpulan belia berisiko (bekas pesalah juvana, kepulihan dadah dan banduan muda) yang diberikan latihan kemahiran dan penempatan pekerjaan.
“PKPB akan terus memainkan peranan dalam menyumbang kepakaran yang ada bagi memartabatkan pembangunan belia berkemahiran seterusnya merancakkan usaha melahirkan tenaga kerja mahir berpendapatan tinggi demi kesejahteraan ekonomi masyarakat Malaysia.
“PKPB merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kami khususnya pihak media yang sentiasa memberikan laporan gerak kerja kami di lapangan agar memberi manfaat menyeluruh kepada masyarakat,” katanya.
Topic Berkaitan
#PKPB
#TVET
#Belia
#Malaysia
#NGO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan