awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di Amber Court, PPA Muar tamat esok

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
19/01/2021
11:32 MYT
PKPD di Amber Court, PPA Muar tamat esok
Kerajaan mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Apartment Amber Court, di Bentong, Pahang dan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) di Muar, Johor. - Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR :Kerajaan mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Apartment Amber Court, di Bentong, Pahang dan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) di Muar, Johor.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas kes positif COVID-19 di kedua-dua lokaliti itu semakin terkawal.
“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, mesyuarat hari ini bersetuju untuk menamatkan PKPD di Apartment 9 Amber Court pada esok 20 Januari 2021 seperti yang dijadualkan.
“Atas nasihat KKM, kerajaan juga bersetuju untuk menamatkan PKPD di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Muar pada 20 Januari 2021 seperti yang dijadualkan.
“Kecuali bagi blok penempatan kes positif di Blok C dan Blok Sekolah yang dilanjutkan bermula 21 Januari sehingga 3 Februari 2021,” katanya pada sidang media khas PKP di sini pada Selasa.
BACA: PKP di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 22 Januari - Ismail Sabri
Menurut Ismail Sabri, KKM telah selesai melaksanakan 1,644 ujian saringan di Apartment Amber Court.
“Daripada jumlah itu sebanyak 467 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
“Walaubagaimanapun, KKM mengesahkan berlaku trend penurunan kes yang dilaporkan dan tiada lagi sampel saringan menunggu keputusan,” ujarnya.
Manakala di PPA Muar pula, KKM telah melaksanakan 827 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 184 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
“KKM mengesahkan sebanyak 75 baki kes aktif sedang ditempatkan di Blok C serta seramai 10 orang kakitangan yang positif di Blok Sekolah,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#PKPD
#Amber Court
#KKM
#ismail sabri yaakob
#PKP
#Pahang
#Muar
#kerajaan
#menteri
#COVID-19
#kes positif
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan