awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di asrama pekerja di Flat Anjung Tawas Damai, Perak bermula esok

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2021
10:31 MYT
PKPD di asrama pekerja di Flat Anjung Tawas Damai, Perak bermula esok
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Asrama pekerja Imperial Garments di Flat Anjung Tawas Damai, Perak, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari, bermula esok.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.
Katanya, setakat ini sebanyak 524 ujian saringan telah dilaksanakan dan daripada jumlah itu, seramai 213 orang dilaporkan positif COVID-19.
"PKPD itu bertujuan memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penghuni asrama, sekali gus mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri berkata PKPD di di Penjara Tapah dan kuarters kakitangannya yang dijadual tamat esok dilanjutkan dua minggu lagi hingga 15 Mac depan.
Setakat ini sebanyak 178 kes positif COVID-19 direkodkan di kawasan berkenaan.
Sementara itu, PKPD di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Idris Shah II, Gerik, Perak pula akan ditamatkan mengikut jadual, esok.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#menteri
#KKM
#perintah kawalan pergerakan
#ujian saringan
#PKPD
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan