awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di Taman Mesra dan Taman Mawar, Sabah berkuat kuasa 28 Oktober ini

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
26/10/2020
12:44 MYT
PKPD di Taman Mesra dan Taman Mawar, Sabah berkuat kuasa 28 Oktober ini
Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memutuskan pelaksanaan PKPD di dua lokaliti itu selepas mendengar pembentangan daripada MKN. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR :Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintahan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Mesra dan Taman Mawar, Sandakan, Sabah berkuat kuasa 28 Oktober hingga 10 November depan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) memutuskan demikian selepas mendengar pembentangan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah mengenai peningkatan kes COVID-19 di kedua-dua lokaliti itu.
"Mengambil kira peningkatan kes di dua lokaliti ini, sidang khas bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Taman Mesra dan Taman Mawar, Sandakan, Sabah bermula 28 Oktober 2020 sehingga 10 November 2020," katanya pada sidang media di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, PKPD di kedua-dua lokaliti itu merangkumi 5,100 unit rumah yang melibatkan seramai 22,500 orang penduduk.
BACA: PKPB di Lembah Klang dilanjutkan, ini 5 perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan
Beliau memberitahu, prosedur operasi standard (SOP) PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.
"Walau bagaimanapun, kedai runcit dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 6 petang bagi memberi peluang kepada penduduk membeli barang keperluan asas," jelasnya.
Katanya, maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang MKN.
Topic Berkaitan
#PKPD
#COVID-19
#Perintahan Kawalan Pergerakan Diperketatkan
#Taman Mesra
#Taman Mawar
#Sandakan
#Sabah
#Menteri Kanan Pertahanan
#ismail sabri yaakob
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan