awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD Medan 88, Salak Tinggi: MKN arah polis kesan, tangkap 400 penduduk

Isabelle Leong
Isabelle Leong
12/11/2020
09:57 MYT
PKPD Medan 88, Salak Tinggi: MKN arah polis kesan, tangkap 400 penduduk
Kerajaan melaksanakan PKPD di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang mulai Khamis (12 November). - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR:Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan polis untuk mengesan dan menangkap 400 penduduk Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang yang hilang selepas kawasan itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Khamis (12 November).
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata polis juga diarahkan untuk menahan majikan yang bersubahat menyembunyikan pekerja daripada menjalani ujian saringan COVID-19.
Katanya, arahan untuk mengesan dan menahan itu pernah dilakukan ketika PKPD dilaksanakan di Selangor Mansion.
"Kali ini saya difahamkan lebih mudah (untuk mengesan) kerana majikan bersubahat dengan pekerja dan membawa bas untuk membawa mereka keluar.
“Lebih mudah kepada PDRM kerana boleh mengesan melalui majikan.
“Kita sudah putuskan tindakan, bukan sahaja boleh diambil kepada pekerja yang melarikan diri malah majikan yang bersubahat kerana mereka menyusahkan penguatkuasa dan membahayakan nyawa orang lain," katanya pada sidang media harian berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Khamis.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang, Mohamad Zain A Hamid memaklumkan lebih 400 penduduk di dalam kawasan PKPD Medan 88 gagal dikesan pada hari pertama pelaksanaan.
Topic Berkaitan
#PKPD Medan 88
#Salak Tinggi
#Sepang
#PDRM
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
#PKPD
#ismail sabri yaakob
#Menteri Kanan Pertahanan
#Mohamad Zain A Hamid
#Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan