awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD Taman Khazanah Indah, Pangsapuri Mutiara Kasih, Felda Umas di Sabah dilanjutkan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
26/10/2020
13:00 MYT
PKPD Taman Khazanah Indah, Pangsapuri Mutiara Kasih, Felda Umas di Sabah dilanjutkan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan KKM masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk dan sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif di ketiga-tiga lokaliti tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR :Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPD) di Taman Khazanah Indah dan Pangsapuri Mutiara Kasih di Lahad Datu serta Felda Umas, di Kalabakan, Sabah yang tamat pada Isnin, dilanjutkan 14 hari lagi, sehingga 9 November depan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk dan sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif di ketiga-tiga lokaliti tersebut.
"Sehubungan dengan itu atas cadangan Majlis Keselamatan negara (MKN) Sabah dan nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Taman Khazanah Indah dan Pangsapuri Mutiara Kasih di Lahad Datu serta Felda Umas di Kalabakan, Sabah selama 14 hari lagi bermula 27 Oktober 2020 sehingga 9 November 2020," katanya pada sidang media di sini, pada Isnin.
Walau bagaimanapun Ismail Sabari berkata, kedai runcit dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 6 petang bagi memberi peluang kepada penduduk membeli barang keperluan asas.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, 857 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
BACA: PKPB di Lembah Klang dilanjutkan, ini 5 perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan
Daripada jumlah itu katanya, 10 direman manakala selebihnya dikompaun.
Antara kesalahan ingkar PKPP adalah termasuk tidak memakai pelitup muka (196 individu), aktiviti di pusat hiburan (183 individu), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (175 individu), penjarakan fizikal (172 individu), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (53 individu) dan lain-lain (78 individu)
"Nampaknya isu pelitup muka masih lagi merupakan isu besar kerana ramai lagi yang gagal mematuhi asas ini selain penjarakan fizikal dan begitu juga premis perniagaan yang gagal merekodkan butiran pelanggan.
"Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPP yang ditetapkan," tambahnya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, penguatkuasa turut menahan 51 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas dua kenderaan darat dalam Operasi Benteng.
Topic Berkaitan
#PKPP
#Majlis Keselamatan Negara
#PKPD
#SOP
#Lahad Datu
#Khazanah
#Felda
#ismail sabri yaakob
#pelitup muka
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#COVID-19
#pati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan