awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPS gandakan stok simpanan makanan negeri tiga bulan

Bernama
Bernama
13/03/2026
23:25 MYT
PKPS gandakan stok simpanan makanan negeri tiga bulan
Mohamad Khairil berucap pada Majlis Iftar Ukhuwah PKPS dan Media di Hotel Wyndham Acmar Klang, Klang, 13 Mac 2026. --fotoBERNAMA

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan menggandakan stok simpanan makanan negeri daripada sebulan sebelum ini kepada tiga bulan, sebagai langkah memperkukuh tahap kesiapsiagaan bekalan makanan di Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Datuk Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata langkah itu dilaksanakan melalui peluasan Program Gudang Makanan Selangor tahun ini bagi menghadapi kemungkinan gangguan rantaian bekalan global.

“Keadaan geopolitik dunia ketika ini termasuk ketegangan di Selat Hormuz berpotensi menjejaskan bekalan minyak dan gas, sekali gus memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan.

“Kita pernah menyaksikan situasi serupa ketika pandemik COVID-19 dan pengalaman itu menunjukkan kepentingan persediaan bekalan makanan yang lebih kukuh,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Ukhwah PKPS dan Media di Wyndham Acmar, di sini malam tadi.

Pada masa sama, Mohamad Khairil memaklumkan pihaknya turut melancarkan Pelan Transformasi Agribisnis PKPS 2026–2030 (SEED2030) yang bertujuan memperkukuh sektor pengeluaran makanan negeri.

Menurutnya, pelan berkenaan menyasarkan pertumbuhan 65 peratus bersamaan 735,000 tan metrik peningkatan pengeluaran kelapa sawit selain pengeluaran ayam yang dijangka mencapai 20.1 juta ekor dalam tempoh sama.

“PKPS juga akan membangunkan projek ladang tenusu di Bukit Tagar, Hulu Selangor yang dijangka bermula pada suku kedua tahun ini, dengan kapasiti pengeluaran sekitar 32,850 liter susu sehari.

“Program intervensi harga dan Jualan Rahmah juga akan diteruskan bagi membantu rakyat Selangor mendapatkan barangan makanan pada harga lebih berpatutan,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Khairil berkata produk jenama Ehsan keluaran PKPS kini turut menembusi pasaran antarabangsa termasuk di Mekah, Madinah, Bosnia, Manchester, Paris, Australia, Yaman serta Oman.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#PKPS
#simpanan makanan
#Gudang Makanan Selangor
#Mohamad Khairil Mohamad Razi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan