awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM arah semua IPG henti serta-merta aktiviti lasak, air
TERAJU sebagai nadi pemerkasaan Bumiputera di bawah kerangka PuTERA35
Malaysia nilai potensi tenaga nuklear secara menyeluruh, utamakan keselamatan - Chang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR Sabah anjur mini konvensyen

Bernama
Bernama
15/03/2026
08:49 MYT
PKR Sabah anjur mini konvensyen
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama para penyokong PKR ketika merasmikan Konvensyen Keadilan dan Perasmian Mesyuarat Agong Tahunan Cabang (MATC) Peringkat negeri Sabah hari ini. - Foto Bernama
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah hari ini menganjurkan mini konvensyen dalam usaha parti itu memperkukuh jentera pada peringkat akar umbi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud berkata mini konvensyen berkenaan juga bertujuan mengumpulkan pimpinan, selain menyuntik semangat dalam kalangan ahli yang ketika ini dianggarkan kira-kira 150,000 orang.
“Selepas ini kita akan bergerak untuk mengadakan mesyuarat agung pada setiap cabang sebelum mengadakan kongres parti pada Jun nanti,” katanya selepas menghadiri program Mini Konvensyen Keadilan dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang peringkat negeri, di sini hari ini.
Mini konvensyen itu dirasmikan Presiden PKR yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengulas lanjut, Mustapha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) berkata pada masa sama, Anwar turut mengingatkan jentera parti supaya lebih mendalami isu kritikal berkaitan Sabah termasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan tuntutan hasil negeri sebanyak 40 peratus bagi memudahkan penjelasan diberikan kepada rakyat.
Dalam perkembangan lain, mengenai sama ada akan bertanding di kerusi Parlimen Sepanggar pada PRU16 beliau berkata: "Jika presiden (Anwar) membenarkan, insya-Allah saya masih berminat untuk bertanding di Sepanggar. Kita sedia berjuang dan akhirnya rakyat yang akan menentukan,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#Mustapha Sakmud
#Mini Konvensyen PKR
#PRU16
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan