awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKRC Hospital Permai mula beroperasi hari ini

Bernama
Bernama
13/06/2021
15:51 MYT
PKRC Hospital Permai mula beroperasi hari ini
PKRC awam kedua itu akan menempatkan pesakit wanita, ibu mengandung dan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun. - Hospital Permai Johor Bahru/google street
JOHOR BAHRU: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Hospital Permai, Jalan Tampoi di sini, yang mampu menempatkan sehingga 585 pesakit, mula beroperasi hari ini.
Menerusi hantaran dan gambar yang dimuat naik di laman Facebook Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor, PKRC awam kedua itu akan menempatkan pesakit wanita, ibu mengandung dan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.
"PKRC di bangunan Olive B, Hospital Permai itu mula menerima pesakit hari ini dan menyasarkan untuk menempatkan pesakit wanita, ibu mengandung serta kanak-kanak berusia bawah 12 tahun bagi memastikan keselesaan dan keselamatan mereka terjaga," menurut hantaran itu.
Ia merupakan PKRC ketiga di Johor selepas PKRC Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di sini dan PKRC DB Kompleks di Iskandar Puteri yang dikendalikan pihak swasta.
Kesemua PKRC menempatkan individu yang positif COVID-19 kategori satu dan dua iaitu tanpa gejala atau bergejala ringan.
Johor merekodkan 363 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negeri itu sebanyak 64,639 kes dengan 450 kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PKRC
#Hospital Permai
#MBPG
#Jalan Tampoi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan