awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKRC MAEPS, Serdang ditutup secara rasmi 15 Julai ini

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
10/07/2020
09:53 MYT
PKRC MAEPS, Serdang ditutup secara rasmi 15 Julai ini
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba telah menyaksikan proses pesakit terakhir discaj pada Jumaat. - Gambar fail/BERNAMA
Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah MAEPS (PKRC), Serdang akan ditamatkan operasinya secara rasmi pada 15 Julai ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba telah menyaksikan proses pesakit terakhir discaj pada Jumaat.
“Sehingga 10 Julai 2020, PKRC telah berjaya merawat seramai 1,362 orang pesakit di mana majoriti adalah orang bukan warganegara (86 peratus) dan 14 peratus adalah warganegara Malaysia,” katanya pada sidang media KKM, di sini hari ini.
Jelas Dr Noor Hisham, PKRC Serdang ini diilhamkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai salah satu langkah proaktif kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 di negara ini.
Ia telah mula beroperasi secara rasmi pada 16 April 2020 dan mula menerima pesakit pertama pada 21 April 2020.
Ia merupakan kolaborasi pelbagai agensi yang diterajui oleh KKM dan melibatkan pelbagai agensi termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Markas Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Pada masa sama, Dr Noor Hisham memaklumkan pihak KKM mengucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan daripada semua agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan perlaksanaan operasi pusat ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Maeps
#PKRC
#Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah
#Serdang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan