awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PLUS jangka 2.3 juta kenderaan sehari hujung minggu ini

Bernama
Bernama
26/03/2026
03:51 MYT
PLUS jangka 2.3 juta kenderaan sehari hujung minggu ini
PLUS menjangkakan peningkatan trafik yang ketara antara 2 hingga 2.3 juta kenderaan sehari menggunakan rangkaian lebuh rayanya pada hari puncak bermula 27 hingga 29 Mac ini untuk perjalanan pulang ke ibu kota. - Gambar fail
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik yang ketara antara 2 hingga 2.3 juta kenderaan sehari menggunakan rangkaian lebuh rayanya pada hari puncak bermula 27 hingga 29 Mac ini untuk perjalanan pulang ke ibu kota.
PLUS memaklumkan, peningkatan itu melibatkan pergerakan trafik jarak jauh serta perjalanan antara bandar utama menuju ke Lembah Klang selepas bercuti sempena sambutan Aidilfitri.
Sehubungan dengan itu, PLUS menggalakkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal menggunakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar.
“Pengguna dinasihatkan supaya mengikuti jadual perjalanan MyPLUS-TTA yang boleh diakses menerusi aplikasi PLUS dan merancang waktu perjalanan pulang mengikut waktu dicadangkan bagi membantu melancarkan aliran trafik di lokasi tumpuan,” menurut PLUS dalam kenyataan itu.
Sempena dengan Aidilfitri, PLUS turut mengaktifkan laluan Smart Lane di 34 lokasi terpilih sepanjang lebuh raya serta menugaskan anggota PLUSRonda untuk melakukan rondaan 24 jam sehari bagi memberikan bantuan kepada pengguna.
“PLUS turut mempertingkatkan kemudahan di semua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) serta hentian sebelah bagi menampung jumlah pengguna yang tinggi sepanjang tempoh berkenaan,” menurut kenyataan itu.
PLUS mengingatkan pengguna lebuh raya untuk memastikan baki kad Touch 'n Go dan eWalletmencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan kesulitan di plaza tol.
Maklumat trafik semasa boleh diperoleh melalui aplikasi PLUS, aplikasi X @plustrafik, X @lpt2trafik atau menerusi paparan mesej elektronik (VMS) sepanjang lebuh raya serta stesen radio tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PLUS
#lebuh raya
#peningkatan trafik
#Lembah Klang
#Aidilfitri
# MyPLUS-TTA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan