awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zamri Vinoth, Tamim Dahri larikan diri ke Thailand - Polis
Polis rampas rokok seludup bernilai lebih RM2.6 juta dalam dua serbuan
Tentera AS lantik pegawai siasat serangan sekolah di Iran - Ketua Pentagon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar mohon kerjasama Sarawak tangani penyeludupan diesel

Bernama
Bernama
13/03/2026
12:30 MYT
PM Anwar mohon kerjasama Sarawak tangani penyeludupan diesel
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri di Kompleks Satria Pertiwi di Petra Jaya, hari ini. - Foto BERNAMA
Kerajaan Persekutuan meminta kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha mengawal aktiviti penyeludupan diesel di sempadan negeri itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah memohon kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memberikan kerjasama kepada agensi penguatkuasaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
“Hal ini kerana kita tahu harga diesel di Sabah dan Sarawak rendah dan sebab itu penyeludupan kemungkinan akan berlaku,” kata beliau berucap pada majlis Berbuka Puasa MADANI Tahun 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak petang ini.
Sementara itu, Anwar berkata Kerajaan MADANI mengambil keputusan mengekalkan subsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 walaupun harga minyak kini mencecah lebih US$100 setong akibat lonjakan harga berikutan konflik di Asia Barat.
“Sebab itu kita harus berdoa agar konflik di Asia Barat segera selesai supaya kita tidak lagi terbeban. Buat masa ini keputusan kita tidak akan mengubah dasar subsidi RON95 dan kita juga akan ambil dasar penjimatan kewangan kita,” kata beliau.
Pada majlis sama, Anwar berkata Kerajaan Persekutuan juga bersetuju meluluskan peruntukan RM150 juta untuk membaiki Baraj Sungai Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#penyeludupan diesel
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan