awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Pengarah Kanan MACA dinaikkan pangkat
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan unjuran kukuh KDNK
Dua lelaki didenda miliki kad ATM milik individu lain
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar nafi dakwaan Malaysia jual minyak kepada Australia

Seth Akmal
Seth Akmal
17/04/2026
06:51 MYT
PM Anwar nafi dakwaan Malaysia jual minyak kepada Australia
Anwar beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba, Cyberjaya. -Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tohmahan segelintir pihak yang mendakwa kerajaan menjual bekalan minyak kepada Australia ketika dunia sedang berdepan isu ketidaktentuan bekalan tenaga.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, keutamaan kerajaan pada masa ini adalah memastikan keperluan domestik rakyat terus terjamin, khususnya dalam suasana pasaran tenaga global yang tidak menentu.
Beliau menegaskan kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan yang boleh menjejaskan bekalan dalam negara, dan sebarang pertimbangan berkaitan penjualan minyak hanya akan dibuat sekiranya terdapat lebihan bekalan yang mencukupi.
“Kita boleh pertimbang sekiranya ada lebihan, sekarang ini belum,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Anwar menjelaskan hubungan Malaysia dan Australia melibatkan keperluan saling melengkapi dalam pertukaran bahan mentah tertentu, khususnya berkaitan baja seperti fosfat dan urea, namun menegaskan urusan berkenaan tidak melibatkan bekalan diesel.
Beliau berkata, Malaysia memerlukan bekalan fosfat daripada Australia, manakala negara itu pula memerlukan urea dari Malaysia, di samping keperluan terhadap diesel yang setakat ini tidak dapat dipenuhi.
“Sebenarnya kita tidak jual minyak. Kita kena faham, kita perlu fosfat daripada dia (Australia), mereka perlu urea daripada kita, dia juga perlukan diesel, (tetapi) kita kata kita tidak ada upaya,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengadakan pertemuan rasmi dengan Anwar di Putrajaya sempena lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia.
Media sebelum ini melaporkan bahawa Anwar memberi jaminan untuk mengutamakan Australia sekiranya terdapat lebihan bekalan bahan api pada masa hadapan, susulan perbincangan lanjut yang akan diadakan dengan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS).
Untuk rekod, Malaysia merupakan antara pembekal utama minyak mentah dan bahan api ditapis kepada Australia, dengan menyumbang 14 peratus bekalan diesel, 10 peratus petrol, serta 11 peratus bahan api jet negara itu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#jual minyak
#Australia
#konflik Asia Barat
#bekalan tenaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan