awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan 2026 Malaysia kepada 4.4 peratus
Lonjakan harga bahan api jet dijangka cetus penggabungan syarikat penerbangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar sambut baik gencatan senjata sementara Pakistan, Afghanistan

Bernama
Bernama
20/03/2026
14:00 MYT
PM Anwar sambut baik gencatan senjata sementara Pakistan, Afghanistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik gencatan senjata sementara antara Pakistan dan Afghanistan sempena sambutan Aidilfitri, selain menggesa semua pihak meneruskan usaha de-eskalasi ke arah keamanan berkekalan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik gencatan senjata sementara antara Pakistan dan Afghanistan sempena sambutan Aidilfitri, selain menggesa semua pihak meneruskan usaha de-eskalasi ke arah keamanan berkekalan.
Beliau menyampaikan pesanan itu ketika perbualan telefon bersama Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, dalam perjalanan pulang selepas lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang, hari ini.
“Pada masa sama, Malaysia turut menyuarakan kebimbangan terhadap ketegangan di Timur Tengah yang melibatkan Iran, serta menegaskan keperluan mendesak untuk menghentikan eskalasi dan mengutamakan dialog,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Anwar turut menyampaikan ucapan Aidilfitri kepada Shehbaz, selain menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan erat dan kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
Pakistan memaklumkan bahawa negara itu telah menggantung sementara operasi ketenteraan dalam wilayah Afghanistan atas permintaan Arab Saudi, Qatar dan Turkiye sempena sambutan Aidilfitri.
Menteri Penerangan Pakistan Attaullah Tarar dalam satu kenyataan berkata gencatan senjata sementara itu bermula pada tengah malam Rabu dan akan berlarutan sehingga tengah malam Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
# Shehbaz Sharif
#Pakistan
#Afghanistan
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan