awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar terima kunjungan hormat CEO Phison, bincang hala tuju jangka panjang berkait NSS

Bernama
Bernama
20/06/2024
14:48 MYT
PM Anwar terima kunjungan hormat CEO Phison, bincang hala tuju jangka panjang berkait NSS
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Phison Electronics Corporation Datuk Pua Khein Seng. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Phison Electronics Corporation Datuk Pua Khein Seng.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada CEO Phison Electronics Corporation, Datuk Pua Khein Seng, untuk membincangkan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
  • Phison, peneraju pasaran dalam pengawal data untuk NAND dan storan, mencadangkan pemindahan teknologi ke Malaysia untuk mengukuhkan usaha tempatan dalam reka bentuk teknologi.
  • Anwar menekankan pentingnya membangunkan bakat tempatan dalam mencipta teknologi, memerlukan kerjasama erat antara agensi kerajaan dan sektor swasta seperti Phison.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menerusi hantaran di laman sesawang Facebook beliau berkata sewaktu pertemuan itu, kedua-dua mereka telah membincangkan mengenai hala tuju jangka panjang terkait dengan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) yang diumumkan bulan lalu.
Syarikat itu kini merupakan peneraju pasaran dalam pengawal data untuk NAND dan penyelesaian storan dengan hampir satu daripada setiap empat SSD yang dihantar ke seluruh dunia ialah penyelesaian Phison.
"Pua turut membentangkan cadangan pemindahan teknologi Phison ke Malaysia bagi mendukung usaha mewujudkan pelan reka bentuk teknologi tempatan sementelahan (tambahan pula) ini penting dalam memberi anjakan kepada Malaysia daripada hanya menjadi pengeluar semikonduktor bagi syarikat-syarikat dunia.
"Saya singgung adalah penting dalam tempoh jangka panjang bagi negara melahirkan bakat (tenaga kerja) yang mempunyai kemahiran mencipta teknologi," kata Anwar.
Namun ini, kata beliau, memerlukan kerjasama erat daripada sumber yang dimiliki agensi kerajaan dan usaha daripada pihak swasta seperti yang dibuat Phison dalam bersama-sama menjadikan negara sebagai peneraju dalam mereka bentuk teknologi amat dialu-alukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#kunjungan hormat
#CEO Phison
#Pua Khein Seng
#NSS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan