awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Artemis II pecah rekod Apollo 13 sebagai misi manusia paling jauh dari Bumi
Sembilan anggota polis dihukum mati di India berhubung kematian tahanan semasa COVID-19
UK semak semula hak kemasukan Kanye West susulan bantahan festival
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar terima kunjungan hormat DPIM, bincang inisiatif pembangunan ekonomi

Bernama
Bernama
09/01/2025
14:53 MYT
PM Anwar terima kunjungan hormat DPIM, bincang inisiatif pembangunan ekonomi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) yang diketuai Presidennya Datuk Mohammad Sahar Mat Din. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) yang diketuai Presidennya Datuk Mohammad Sahar Mat Din.
Anwar menerusi hantaran di laman X berkata pada pertemuan itu beliau dan delegasi DPIM membincangkan beberapa cadangan terkait inisiatif pembangunan ekonomi mencakupi konsep wakaf dan penggunaan kecerdasan buatan (AI).
Perdana Menteri berkata beliau sangat menghargai cadangan dikemukakan DPIM itu yang selari dengan hasrat kerajaan supaya Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 mendapat suntikan idea bernas dan sokongan pelaksanaan daripada pemain industri seperti dewan perniagaan dan perdagangan.
DPIM ditubuhkan pada 1993 bermatlamat untuk mewujudkan kesatuan dalam kalangan peniaga dan pengusaha Muslim demi kepentingan serta faedah ekonomi Islam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#dpim
#kunjungan hormat
#Mohammad Sahar Mat Din
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan