awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Penantian berakhir selepas 9 tahun, pingat emas kembali ke China
Seorang peminat bertindak menyaman Arsenal ekoran prestasi teruk
Guru dipercayai langgar pelajar Tingkatan Satu tiba di mahkamah untuk direman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar tuntut komitmen penjawat awam jayakan aspirasi Malaysia MADANI

Bernama
Bernama
06/03/2026
10:01 MYT
PM Anwar tuntut komitmen penjawat awam jayakan aspirasi Malaysia MADANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) mempengerusikan mesyuarat pada Program Ihya Ramadan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini. - Foto Bernama

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut komitmen berterusan daripada seluruh penjawat awam dalam menjayakan aspirasi Malaysia MADANI bagi membawa negara ke tahap lebih maju dan berdaya saing.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata usaha itu memerlukan penerapan nilai amanah, integriti serta profesionalisme tinggi, terutama dalam mendepani suasana dunia yang semakin tidak menentu dan mencabar ketika ini.
Beliau membuat gesaan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan bersama warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Mesyuarat ini bagi membincangkan langkah reformasi perkhidmatan awam demi memperkukuh kecekapan tadbir urus serta mutu penyampaian kepada rakyat," katanya dalam catatan itu.
Selain itu, Anwar menegaskan agenda reformasi tersebut terkait rapat dengan penerapan teknologi baharu termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang berpotensi meningkatkan produktiviti.
Ia juga bertujuan mempercepat proses kerja serta memantapkan keupayaan perkhidmatan awam agar lebih responsif, cekap dan berkesan dalam memenuhi keperluan rakyat.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#madani
#penjawat awam
#JPA
#agenda reformasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan