awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap takziah atas pemergian Mufti Besar Arab Saudi

Astro Awani
Astro Awani
24/09/2025
03:20 MYT
PM Anwar ucap takziah atas pemergian Mufti Besar Arab Saudi
Anwar mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya bersama para nabi serta orang yang soleh. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz bin Abdullah Al-Sheikh, yang meninggal dunia pada 23 September 2025.
Dalam kenyataannya, Anwar menyifatkan pemergian Sheikh Abdulaziz sebagai satu kehilangan besar buat dunia Islam, memandangkan sumbangan beliau yang luas dalam bidang ilmu, fatwa dan bimbingan keagamaan sepanjang hayatnya.
“Dunia Islam kehilangan seorang ulama besar yang sarat dengan ilmu dan hikmah, serta telah banyak berjasa kepada umat Islam seluruhnya,” kata Anwar.
Mewakili rakyat Malaysia, beliau turut menyampaikan simpati kepada seluruh warga Arab Saudi dan umat Islam di seluruh dunia yang pastinya merasai kesan pemergian tokoh berwibawa itu.
Anwar mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya bersama para nabi serta orang yang soleh.
Sheikh Abdulaziz, yang dilahirkan pada 30 November 1943, telah dilantik sebagai Mufti Besar Arab Saudi pada tahun 1999 dan memainkan peranan penting dalam menyampaikan panduan agama serta fatwa kepada umat Islam di peringkat antarabangsa.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#meninggal dunia
#Sheikh Abdulaziz bin Abdullah Al-Sheikh
#Mufti Besar Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan