awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
Konflik Asia Barat: TikTok diminta perjelas kesan krisis tenaga dan geopolitik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap takziah kepada Hamzah Zainuddin atas pemergian bapa mentua

Bernama
Bernama
05/07/2025
15:00 MYT
PM Anwar ucap takziah kepada Hamzah Zainuddin atas pemergian bapa mentua
Anwar menerusi hantaran di Facebook turut mendoakan seluruh keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dalam mendepani ujian berat itu. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan ucapan takziah kepada Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainudin atas pemergian bapa mentuanya, Datuk Abdul Ghani Ngah.
Anwar menerusi hantaran di Facebook turut mendoakan seluruh keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dalam mendepani ujian berat itu.
"Saya mendoakan yang terbaik serta dikurniakan ketabahan setingginya buat saudara Hamzah sekeluarga atas ujian berat ini, serta roh Almarhum diampunkan segala dosanya, dilapangkan kuburnya serta diberi tempat yang dekat di sisi-Nya, insya-Allah," kata Perdana Menteri.
Abdul Ghani disahkan meninggal dunia pada 1.45 tengah hari tadi.
Difahamkan Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berikutan mengalami komplikasi dalaman dan sesak nafas selepas terbabit dalam kebakaran di rumahnya pada 19 Jun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Perikatan Nasional
#sesak nafas
#ucapan takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan