awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar zahir ucapan takziah kepada keluarga Gopal Sri Ram

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2023
06:26 MYT
PM Anwar zahir ucapan takziah kepada keluarga Gopal Sri Ram
Sri Ram yang merupakan pendakwa utama dalam perbicaraan 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu negara, pada Ahad. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Sri Ram Gopal yang meninggal dunia pada Ahad.
Anwar dalam satu ciapan di Twitter berharap agar urusan keluarga mendiang dipermudahkan dan mereka diberikan kecekalan berdepan saat ini.
"Semoga urusan keluarga dipermudah dan keluarga kuat serta cekal berdepan khabar duka ini," kata beliau.
Takziah kepada keluarga mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram atas pemergian mendiang. Semoga urusan keluarga dipermudah dan keluarga kuat serta cekal berdepan khabar duka ini. https://t.co/GeyUX98zy2
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) January 29, 2023
Sri Ram, 79, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu negara, hari ini.
Terdahulu, mendiang dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta akibat jangkitan paru-paru.
Mendiang yang juga Timbalan Pendakwa Raya Kanan kes berprofil tinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebelum ini dimasukkkan ke hospital dua minggu lalu dipercayai kerana jangkitan paru-paru.
Sri Ram merupakan pendakwa utama dalam perbicaraan 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mendiang juga merupakan pendakwa utama bagi perbicaraan rasuah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Sri Ram Gopal
#ucapan takziah pada keluarga Sri Ram Gopal
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan