awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar zahir ucapan takziah kepada kerabat diraja Kedah

Bernama
Bernama
17/08/2025
02:40 MYT
PM Anwar zahir ucapan takziah kepada kerabat diraja Kedah
Anwar mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat, mengurniakan keampunan serta menempatkan Almarhumah Tunku Sakinah dalam kalangan para solihin. - Facebook Anwar
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh kerabat diraja Kedah atas kemangkatan kakanda kepada Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
"Merafak sembah takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, serta seluruh Kerabat Diraja atas kemangkatan Yang Teramat Mulia Datuk Seri Tunku Sakinah Almarhum Sultan Badlishah.
"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat, mengurniakan keampunan serta menempatkan Almarhumah Yang Teramat Mulia dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah," kata beliau menerusi hantaran di Facebook.
Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Bakar Din dalam satu kenyataan memaklumkan Tunku Sakinah mangkat pada usia 95 tahun di Villa Seri Tunku, Alor Setar, Kedah pada 6.35 pagi.
Jenazah Allahyarham dimakamkan di Makam Diraja Langgar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kerabat diraja Kedah
#ucapan takziah
#kakanda Sultan Kedah
#Tunku Sakinah Sultan Badlishah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan