awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas, kekasih atas riba ke penjara, mengaku salah pandu bahaya
Pelaburan Google dalam SpaceX boleh cecah AS$100 bilion menjelang IPO
Inflasi Malaysia meningkat kepada 1.7 peratus pada Mac 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Australia berlepas pulang, akhiri lawatan rasmi ke Malaysia

Bernama
Bernama
16/04/2026
13:24 MYT
PM Australia berlepas pulang, akhiri lawatan rasmi ke Malaysia
Pesawat khas yang membawa Albanese dan delegasinya berlepas ke Australia dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di sini pada 8.30 malam. - Bernama
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berlepas pulang malam ini selepas mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia.
Albanese diberikan upacara pelepasan permaidani merah dan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja yang dipimpin oleh Kapten Muhammad Nafis Norshid.
Pesawat khas yang membawa Albanese dan delegasinya berlepas ke Australia dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di sini pada 8.30 malam.
Yang turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.
Albanese tiba di Malaysia semalam dan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya hari ini diikuti pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta mesyuarat dua hala membabitkan menteri kanan serta pegawai kedua-dua negara.
Susulan mesyuarat itu, kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) yang merangkumi bidang kepentingan bersama.
Albanese turut melawat Menara Berkembar Petronas dan mengadakan perbincangan dengan Arthur serta Ketua Pegawai Operasi Petronas Mohd Jukris Abdul Wahab.
Australia merupakan rakan ekonomi penting bagi Malaysia, berada di kedudukan ke-12 sebagai rakan dagang terbesar negara pada 2025, dengan jumlah perdagangan dua hala bernilai RM78.63 bilion (AS$18.38 bilion).
Malaysia dan Australia telah meningkatkan hubungan mereka kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) pada 2021, bagi mengembangkan lagi kerjasama merentasi tiga tonggak utama: kemakmuran ekonomi, masyarakat dan teknologi, serta pertahanan dan keselamatan serantau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Australia
#Anthony Albanese
#lawatan rasmi
#Malaysia
#berlepas pulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan