awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram dakwa darah polis, askar halal dibunuh - Saksi
10 kawasan di Semenanjung catat cuaca panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Saman fitnah RM5 juta Dzulkefly terhadap Najib selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Denmark letak jawatan, rundingan pembentukan kerajaan baharu bermula

Bernama
Bernama
25/03/2026
16:55 MYT
PM Denmark letak jawatan, rundingan pembentukan kerajaan baharu bermula
Mette Frederiksen secara rasmi menyerahkan surat peletakan jawatan kerajaan kepada Raja Frederik X, pada Rabu  sekali gus memulakan pusingan baharu rundingan bagi membentuk kerajaan baharu. - Gambar Reuters
Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen secara rasmi menyerahkan surat peletakan jawatan kerajaan kepada Raja Frederik X, pada Rabu sekali gus memulakan pusingan baharu rundingan bagi membentuk kerajaan baharu, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan daripada istana diraja Denmark, sesi menghadap itu berlangsung pada 10.15 pagi waktu tempatan (0915 GMT) di Amalienborg, kediaman rasmi keluarga diraja Denmark di Copenhagen.
Selepas menyembah maklum keputusan Pilihan Raya Parlimen pada Selasa kepada baginda, Frederiksen meminta agar wakil parti-parti yang memenangi kerusi di Folketing - Parlimen satu dewan negara itu - dibenarkan menyatakan pandangan mereka mengenai pembentukan kerajaan baharu.
Menurut pihak istana, proses pembentukan Kerajaan Denmark sebahagian besarnya mengikut amalan politik yang telah lama diamalkan dan bukannya berdasarkan peraturan Perlembagaan yang terperinci.
Berdasarkan saranan parti-parti berkenaan, seorang ketua perunding yang juga dikenali sebagai "penyiasat diraja" akan dilantik bagi meneroka kemungkinan pembentukan kerajaan baharu.
Dalam sesetengah kes, lebih daripada satu pusingan perundingan diperlukan dalam proses berkenaan.
Sebelum kerajaan baharu ditubuhkan, Frederiksen akan terus menjalankan tugasnya dengan kapasiti sebagai kerajaan sementara.
Pilihan Raya Parlimen pada Selasa menyaksikan tiada mana-mana pihak memperoleh majoriti mudah di Folketing yang mempunyai 179 kerusi.
Parti Social Democrats pimpinan Frederiksen kekal sebagai parti terbesar dengan memenangi 38 kerusi, namun "blok merah" (haluan kiri) mahupun "blok biru" (haluan kanan) gagal meraih 90 kerusi yang diperlukan untuk mencapai majoriti.
Parti Moderates yang berhaluan tengah dengan 14 kerusi, kini dilihat sebagai pemain yang penting dalam rundingan gabungan akan datang.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Denmark
#pilihan raya
#Perdana Menteri
#kerajaan baharu
#Mette Frederiksen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan