awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Ismail Sabri seru Ahli Parlimen rapat saf demi negara dan rakyat

Bernama
Bernama
13/09/2021
11:28 MYT
PM Ismail Sabri seru Ahli Parlimen rapat saf demi negara dan rakyat
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua Ahli Parlimen tanpa mengira pandangan politik untuk bersama-sama merapatkan saf demi memulihkan negara dan mensejahterakan semula kehidupan rakyat. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua Ahli Parlimen tanpa mengira pandangan politik untuk bersama-sama merapatkan saf demi memulihkan negara dan mensejahterakan semula kehidupan rakyat.
Beliau berkata ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini, yang meminta semua pihak hendaklah mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan.
"Menjunjung titah Tuanku, inilah semangat yang dibawa dalam Keluarga Malaysia yang menekankan perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan untuk mengharungi pelbagai cubaan dan dugaan," katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.
BACA: Lakar sejarah, enam perkara dimeterai dalam MoU kerajaan dan pembangkang
Ismail Sabri juga berharap persidangan kali ini dapat berjalan dengan lancar demi kepentingan rakyat dan negara.
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 adalah pertama di bawah kerajaan pimpinan Ismail Sabri selaku Perdana Menteri Kesembilan.
Persidangan Parlimen bermula hari ini di mana persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 17 hari dan berakhir pada 12 Okt manakala Dewan Negara menyambung persidangan dari 4 hingga 26 Okt depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#ahli Parlimen
#rapatkan saf
#Memorandum Persefahaman
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan