awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Ismail Sabri ucap tahniah kepada Harimau Malaya

Bernama
Bernama
23/09/2022
02:45 MYT
PM Ismail Sabri ucap tahniah kepada Harimau Malaya
Perdana Menteri berharap aksi sama dapat dipamerkan skuad kendalian Kim Pan Gon itu, apabila bertemu Tajikistan pada perlawanan akhir. - Foto Facebook/Ismail Sabri
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Raja Thailand, selepas menewaskan tuan rumah Thailand 5-3, menerusi penentuan sepakan penalti.
Perdana Menteri berharap aksi sama dapat dipamerkan skuad kendalian Kim Pan Gon itu, apabila bertemu Tajikistan pada perlawanan akhir, Ahad ini.
"Ayuh Keluarga Malaysia, sama-sama kita terus memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya untuk menjulang Piala Raja Thai!," katanya dalam catatan di Facebook.
Pada perlawanan di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand, malam semalam, La'Vere Corbin-Ong berjaya meletakkan Malaysia di hadapan, sebelum Thailand menyamakan kedudukan menerusi Pansa Hemviboon pada minit akhir 90 minit perlawanan dan memaksa pemenang perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti.
Malaysia pernah menjulang piala berkenaan sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1972, 1976, 1977 dan 1978.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#final
#piala raja thailand
#Kim Pan Gon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan