awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib lancar Program Latihan Industri ECRL Negaraku

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
14/06/2017
11:03 MYT
PM Najib lancar Program Latihan Industri ECRL Negaraku
Perdana Menteri menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian kerjasama antara Malaysia Rail Link dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi pada majlis perasmian Program Latihan Kemahiran Industri ECRL hari ini. - Foto Bernama
Projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bukan hanya akan mentransformasikan pantai Timur Semenanjung Malaysia tetapi juga mentaliti rakyat di kawasan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini kerana projek ini bakal mencetuskan perubahan pesat di kawasan tersebut.
"Baru-baru ini saya ada di Bachok untuk satu program bersama rakyat di sana.
"Saya dapat melihat keterujaan di muka rakyat Bachok apabila melihat sendiri sistem rel yang canggih," kata Datuk Seri Najib.
Tambah beliau, dengan perubahan mentaliti rakyat, ini bermakna era kemodenan pesat sudah tiba di Pantai Timur.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perasmian Latihan Industri Projek ECRL Negaraku di Bangunan Kementerian Kewangan hari ini.
Seramai 3,600 anak tempatan bakal menjalani program latihan industri yang memfokuskan kepada memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang pembinaan rel dan keretapi ECRL.
Program ini dibiayai sepenuhnya sebagai inisiatif tanggungjawab korporat (CSR) oleh China Communications Construction Company (CCCC) iaitu kontraktor utama projek ECRL dan Malaysia Rail Link Sendirian Berhad, anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan selaku pemilik projek.
Topic Berkaitan
#ECRL
#Kementerian Kewangan
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#PM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan