awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib puas hati impak positif usaha SEDIC bantu B40

Bernama
Bernama
10/12/2016
23:40 MYT
PM Najib puas hati impak positif usaha SEDIC bantu B40
Kejayaan SEDIC meningkatkan taraf hidup masyarakat India, terutamanya golongan B40 mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib. - Gambar fail
Kejayaan Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) meningkatkan taraf hidup masyarakat India, terutamanya golongan B40 (isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah) mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan itu, Perdana Menteri mahu usaha yang dilakukan unit khas di bawah Jabatan Perdana Menteri itu diteruskan.
Pengarah SEDIC Prof Datuk Dr N.S. Rajendran berkata sejak ditubuhkan pada 2014, unit itu telah membantu kira-kira 300,000 masyarakat India terdiri daripada ibu tunggal, pelajar tercicir, belia berisiko tinggi menganggur dan golongan terpencil yang tidak mempunyai akses kepada peluang pasaran.
"Beliau (Najib) sendiri menyatakan, "Saya sangat gembira, program intervensi ini telah membantu ramai orang". Perdana Menteri berkata kita akan teruskan...beliau yakin bahawa pelaburan sosial ini memang membawa impak," katanya kepada pemberita.
Rajendran sebelum itu mengiringi perdana menteri melawat pameran Ekspo SEDIC 2016 yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Batu Caves, di sini pada Sabtu. Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan.
"Perdana menteri begitu terharu dan gembira dengan sambutan sangat baik daripada masyarakat India terhadap Ekspo SEDIC yang pertama kali diadakan," katanya.
Menurut Rajendran, sejak ditubuhkan, dana khas sebanyak RM160 juta telah diagihkan kepada 400 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) yang terpilih.
"Hari ini perdana menteri lihat sendiri hasil pameran 80 daripada 400 NGO dan ILKS yang terpilih, pameran mengenai projek yang sedang dan akan dikendalikan.
"Ini termasuk 1,000 tempat untuk latihan kemahiran kepada masyarakat India terutamanya, golongan B40 iaitu yang berpendapatan isi rumah 40 peratus ke bawah," katanya.
Program ini mempunyai sistem pemantauan yang ketat bagi memastikan dana yang diserahkan, mencapai matlamat untuk membantu golongan berkenaan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#B40
#Datuk Dr N.S. Rajendran
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#India
#SEDIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan