awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM New Zealand berlepas pulang setelah hadir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Bernama
Bernama
28/10/2025
15:00 MYT
PM New Zealand berlepas pulang setelah hadir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
Azalina hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada pemimpin New Zealand itu dan delegasinya. - Gambar Bernama
SEPANG: Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon dan isteri Amanda Luxon berlepas pulang selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur.
Pesawat khas yang membawa Luxon berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10.20 malam selepas upacara pelepasan pulang dengan hamparan permaidani merah dan kawalan kehormatan terdiri daripada 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada pemimpin New Zealand itu dan delegasinya.
Dalam lawatan Luxon ke Malaysia, kedua-dua negara menegaskan semula komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor halal dan memuktamadkan semakan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-New Zealand (MNZFTA) menjelang akhir tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Luxon juga menzahirkan komitmen terhadap perkara itu dalam satu pertemuan dua hala di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan hari ini.
New Zealand turut berikrar untuk memperkukuh penglibatan dengan ASEAN melalui Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) yang ditubuhkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN-New Zealand hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#KLIA
#sidang kemuncak
#pertemuan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan