awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'PM punya kuasa veto, tak perlu rujuk Kabinet'

Sinar Harian
Sinar Harian
07/06/2019
09:49 MYT
'PM punya kuasa veto, tak perlu rujuk Kabinet'
Latheefa Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun lalu. - Foto SPRM
Perdana Menteri sememangnya mempunyai kuasa veto dalam memutuskan sesuatu tanpa perlu merujuk Kabinet.
Exco Armada Nasional Muzzammil Ismail berkata, oleh itu tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang baharu tanpa merujuk Kabinet tidak perlu dipertikaikan kerana Dr Mahathir berhak membuat keputusan tersebut.
"Sedangkan kerap kali juga ada beberapa ahli Kabinet tidak merujuk kepada Perdana Menteri sebelum membuat keputusan.
"Jadi kenapa perlu ada ahli Parlimen biasa yang mempertikai dan meminta penjelasan lebih. Tidak kurang mereka yang membidas tindakan itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, tindakan ini juga mungkin strategi politik Perdana Menteri kepada mana-mana pihak yang cuba untuk memberi tekanan untuk beliau meletak jawatan.
"Selain itu, untuk mereformasi SPRM dan membuat pembersihan dalam sektor awam, terutama SPRM itu sendiri, sebenarnya memerlukan individu yang berprinsip dan berintegriti tinggi," katanya.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#armada nasional
#berhak
#Ketua Pesuruhjaya SPRM
#kuasa veto
#Latheefa Koya
#letak jawatan
#Mahathir Mohamad
#Muzzammil Ismail
#pembersihan
#Perdana Menteri
#reformasi SPRM
#rujuk Kabinet
#sektor awam
#SPRM
#strategi politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan