awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM setuju sidang khas RUU Antilompat Parti pada 11 April - Wan Junaidi

Firdaus Azil
Firdaus Azil
24/03/2022
08:19 MYT
PM setuju sidang khas RUU Antilompat Parti pada 11 April - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, perkara itu telah dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Ketua Majlis Parlimen, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 11(3), dan juga Speaker Tan Sri Azhar Azizan Harun. - Gambar fail/Jabatan Penerangan
KUALA LUMPUR: Sidang khas Parlimen bagi pembentangan Rang Undang-undang berkaitan Antilompat Parti akan diadakan pada 11 April ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Ahli Parlimen Santubong itu berkata, perkara itu telah dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Ketua Majlis Parlimen, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 11(3), dan juga Speaker Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Jelasnya lagi, Perdana Menteri juga bersetuju untuk melanjutkan persidangan khas itu sekiranya tempoh masa satu hari bagi membincangkan rang undang-undang berkenaan tidak mencukupi.
“Ahli-ahli Yang Berhormat jangan bimbang… Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri) telah beri assurance (jaminan) kepada saya unutuk kita bentangkan RUU ini, dan biar Ahli-ahli Parlimen nak buat keputusan mahu sokong atau tidak mahu sokong.
“Yang Amat Berhormat pun cakap kalau tak habis dalam sehari, dua hari pun boleh. Dan kita tak ada masalah berhubung dengan bulan puasa. Zaman dahulu bulan puasa pun kita bersidang, sekarang sahaja kita tak,” katanya lagi.
Media sebelum ini melaporkan, kerajaan telah menangguhkan dahulu pembentangan RUU berkenaan, bagi membolehkan tiga perkara berkaitan pindaan Perlembagaan Persekutuan disekalikan dalam satu sesi.
BACA: RUU Antilompat Parti dibentang sebelum Aidilfitri - Anthony Loke
Selain itu, Pakatan Harapan (PH) juga memberi amaran untuk membatalkan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan kerajaan, sekiranya RUU antilompat parti tidak dibentangkan seperti dalam waktu yang terdekat.
Wan Junaidi dalam pada itu berkata, kerajaan ketika ini berpandangan masih terdapat kekurangan input dalam sesi-sesi libat urus mengenai RUU berkenaan, termasuk usul mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal.
Topic Berkaitan
#Sidang Khas Dewan Rakyat
#Perdana Menteri
#MoU
#RUU Antilompat Parti
#ismail sabri yaakob
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan