awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM umum RM1.5 juta kepada Majlis Belia Malaysia

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
15/05/2014
23:59 MYT
PM umum RM1.5 juta kepada Majlis Belia Malaysia
PM umum RM1.5 juta kepada Majlis Belia Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan intensif RM1.5 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi kegunaan dalam melaksanakan perancangan inisiatif melibatkan penubuhan sekretariat Komuniti ASEAN di kalangan belia ASEAN oleh MBM.
Jelas Najib, MBM akan memainkan peranan penting yang lebih aktif dalam kalangan NGO untuk merapatkan hubungan sesama generasi belia.
"Dalam hal ini bagi kerja kerja awal perancangam inisiatif yangbmelinatkan penubuhan sekretariat Komuniti ASEAN di kalangan belia ASEAN oleh MBM amat saya alu alukan. Maka kerajaan bersetuju meluluskan intensif 1.5 juta ringgit kepada Majlis Belia Malaysia," katanya.
Justeru Perdana Menteri menyeru semua generasi belia mengorak langkah ke hadapan, bukan sahaja dalam negara malah di rantau ASEAN.
"Saya harap aktiviti ini dapat sambutan yang meluas, saya fikir tak susah nak pujuk belia melibatkan dalam aktiviti seperti ini," tambahnya lagi.
Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2014 di Putrajaya.
Dalam pada itu, beliau turut menggariskan enam kriteria bagi mempersiaga generasi muda pada masa depan.
"Belia adalah tonggak kekuatan sebuah negara. Jika kita ingin melihat masa depan negara itu, lihatlah kepada golongan belianya,"
"Oleh itu, generasi belia di Mlaysia perlu dipersiagakan dengan kriteria asa yang berteraskan kepada '6K' iaitu: Keilmuan dan kemahiran, Keusahawanan, Kesederhanaan atau wasatiyyah, Kesukarelaan, Kecintaan kepada negara dan Kerohanian," jelas Najib.
Dalam pada itu, mengulas lanjut, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan konsep '6K' yang digariskan Perdana Menteri itu sebagai satu wawasan jelas ciri yang perlu ada pada setiap belia untuk kemajuan negara.
"Perdana Menteri beri satu penekanan yang cukup besar pada peranan pembagunann belia.
"Dan dengan peruntukaan kepada MBM itu, kita perlu mainkan peranan supaya kita dapat promosikan Malaysia pada peringkat ASEAN sempena sidang kemuncak ASEAN tahun depan," katanya.
Festival Belia Putrajaya 2014 akan diadakan pada 23 hingga 25 Mei ini bertempat di Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya bermula 10 pagi hingga 10 malam.
Bertemakan " Dari Belia Untuk Belia", festival dengan lebih 60 aktiviti ini akan menyaksikan belia Malaysia dari segenap latar belakang menonjolkan minat dan kreativiti masing-masing dan bersatu dalam sambutan khusus untuk orang muda.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#majlis belia malaysia
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan