awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand kesan Zamri Vinoth, Tamim Dahri
MTDC lancar dana kerjasama awam-swasta, perkukuh ekosistem inovasi
23 barangan keperluan di Sarawak disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN lantik Ahli Parlimen Pas sebagai Ketua Pembangkang, umum akhir Mac

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
14/03/2026
06:10 MYT
PN lantik Ahli Parlimen Pas sebagai Ketua Pembangkang, umum akhir Mac
Ahmad Samsuri berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikannya hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
Perikatan Nasional (PN) memutuskan jawatan Ketua Pembangkang akan dipegang oleh seorang Ahli Parlimen Pas bagi menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menyandang jawatan berkenaan ketika ini.
Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikannya hari ini.
Beliau berkata, bagaimanapun nama Ahli Parlimen yang akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang baharu itu hanya akan diumumkan sebelum akhir Mac ini.
“Kita ada satu dua proses lagi di peringkat parti. Insya-Allah akan ada Ketua Pembangkang baharu pada sidang Parlimen akan datang.
“Selepas ini akan dimaklumkan kepada Tan Sri Speaker mengenai nama Ketua Pembangkang. Hamzah masih lagi memegang jawatan Ketua Pembangkang setakat ini,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PN, di sini, hari ini.
Mesyuarat itu turut dihadiri Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau; serta Presiden Malaysian Indian People’s Party (MIPP), P Punithan.
Sebelum ini, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut dipecat daripada Bersatu pada 13 Februari lalu.
Pemecatan itu mencetuskan persoalan mengenai kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang.
Pada 22 Februari lalu, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata parti komponen PN mencadangkan Pas mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang memandangkan parti itu mempunyai bilangan kerusi Parlimen terbanyak dalam gabungan berkenaan.
Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata Pas akan mengadakan sesi libat urus serta perbincangan bagi mencapai konsensus mengenai calon yang akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang.
Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata mesyuarat itu turut membincangkan persiapan PN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Sementara itu, Takiyuddin yang dilantik sebagai Setiausaha Agung PN yang baharu berkata, Pas sendiri akan memutuskan nama Ahli Parlimen yang akan menggalas tugas Ketua Pembangkang.
“Ya, parti akan membuat keputusan mengenai pilihan Ketua Pembangkang. Kita akan mempertimbangkan pandangan Ahli Parlimen, namun ia tidak bersifat mengikat,” katanya.
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#Ketua Pembangkang
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#Hamzah Zainudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan