awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pokemon Go: Perlu ada had, elak institusi agama tercemar - Jakim

Bernama
Bernama
08/08/2016
23:58 MYT
Pokemon Go: Perlu ada had, elak institusi agama tercemar - Jakim
Tempat-tempat ibadat termasuk masjid tidak sepatutnya digunakan sebagai lokasi pencarian karektor permainan itu. - Gambar fail
Perlu ada had dikenakan pada permainan Pokemon Go agar institusi agama tidak tercemar dalam keasyikan masyarakat terhadap permainan itu, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha.
Beliau berkata, tempat-tempat ibadat termasuk masjid tidak sepatutnya digunakan sebagai lokasi pencarian karektor permainan itu.
Othman, yang turut mencuba permainan tersebut bagi melihat sendiri fungsinya, mendapati Pokemon turut berada di kawasan masjid dan surau.
Pada pendapat beliau, pihak yang membangunkan aplikasi tersebut tidak begitu sensitif terhadap pusat ibadat yang mana ia tidak sesuai untuk dijadikan gelanggang permainan aplikasi maya itu.
"Permainan ini pada pendapat saya bagus kerana ia menggalakkan masyarakat beriadah sambil bersenam kerana memerlukan kita berjalan untuk mencari karektor tersebut, namun perlu ada hadnya," katanya kepada Bernama hari ini.
Othman berkata adalah tidak elok sekiranya seseorang pergi ke tempat-tempat ibadat hanya untuk bermain permainan itu malah beliau berpendapat permainan tersebut turut telah mendatangkan pelbagai mudarat.
"Kita lihat di luar negara ada pemain yang memasuki kawasan privasi seperti rumah orang dan kawasan larangan hingga ke tahap ada yang tercedera dan meninggal akibat permainan tersebut," katanya.
Permainan realiti berperantara berasaskan lokasi yang dibangunkan Niantic Incorporation of Nintendo USA itu mula memasuki Malaysia Sabtu lepas dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.
Tinjauan Bernama di dua buah masjid di Putrajaya iaitu Masjid Putra, Presint 1 dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3 di sini hari ini mendapati kedua-dua tempat itu diletakkan sebagai tempat 'PokeStop', untuk mendapat 'reward atau hadiah'.
Malah kedua-dua tempat ibadat bagi orang Islam itu turut dijadikan 'PokeGym', platform yang digunakan sebagai medan pertarungan bagi para pemain yang sudah mula mencapai aras lima.
Tinjauan juga mendapati melalui aplikasi tersebut, PokeStop dan PokeGym juga terdapat di hampir kesemua tempat tumpuan orang ramai dan bangunan-bangunan kerajaan serta kementerian di sekitar Putrajaya.
Topic Berkaitan
#Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
#JAKIM
#Pokemon GO
#Tan Sri Othman Mustapha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan