awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polarisasi politik punca utama ketegangan rakyat - Kajian

Astro Awani
Astro Awani
08/07/2021
05:58 MYT
Polarisasi politik punca utama ketegangan rakyat - Kajian
Menurut kajian itu, di Malaysia, ketegangan ini sangat kuat dirasakan ketika menyebut tentang sokongan dari parti politik yang berlainan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polarisasi parti politik negara merupakan sumber ketegangan utama dalam kalangan rakyat Malaysia diikuti faktor jurang ekonomi, sosial serta jurang bandar dan luar bandar.
Dapatan itu diperoleh hasil tinjauan oleh syarikat penyelidikan pasaran antarabangsa, Ipsos, yang bertajuk "Dunia popularisasi kita".
Tinjauan dijalankan di 28 negara antara 23,004 orang dewasa melalui panel dalam talian Ipsos antara 23 Disember 2020 dan 8 Januari 2021.
Kajian tersebut menyimpulkan, sama seperti di negara-negara Asia yang lain, rakyat Malaysia melihat perlunya mereka lebih sensitif ketika meluahkan diri kepada orang lain. Di negara-negara Barat pula, mereka lebih cenderung mempercayai bahawa manusia kini lebih mudah tersinggung.
"Di Malaysia, ketegangan ini sangat kuat dirasakan ketika menyebut tentang sokongan dari parti politik yang berlainan - di kebanyakan negara, ketegangan antara mereka yang kaya dan miskin berkecenderungan ke arah yang paling tinggi.
"Rakyat Malaysia ingin melihat penduduk senegara mereka untuk lebih sensitif ketika berbual dengan orang yang berbeza pendapat atau dari pelbagai latar belakang.
"Ini adalah sentimen yang lazim di seluruh Asia, berbanding dengan pandangan yang sememangnya bertentangan pada dunia Barat," kata Pengarah Bersekutu, Perhubungan Awam Ipsos (Malaysia) Lars Erik Lie.
Kajian juga mendapati polarisasi politik sebagai sumber ketegangan utama adalah yang tertinggi di Amerika Syarikat.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Malaysia
#dalam talian
#Ipsos
#politik
#tekanan
#Kajian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan