awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Petronas nafi terlibat dalam laporan penghantaran diesel ke Filipina
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis akan panggil beberapa individu bantu siasatan kes fitnah Azam Baki

Bernama
Bernama
21/02/2026
07:00 MYT
Polis akan panggil beberapa individu bantu siasatan kes fitnah Azam Baki
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail ditemui media pada Majlis Sumbangan Yayasan Seri Negara dan Penyerahan Zakat Wakalah PBLT di IPD Cheras hari ini. - Foto Bernama
Polis akan merakam keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki yang dilaporkan sebuah media antarabangsa.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata siasatan telah dibuka dan pihaknya menjalankan siasatan termasuk mengambil keterangan daripada pihak yang berkaitan.
"Insya-Allah perkembangan dikemas kini dari semasa ke semasa dan kertas siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Yayasan Seri Negara dan Penyerahan Zakat Wakalah PBLT Sdn Bhd di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras hari ini.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata siasatan kes itu dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman.
Siasatan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu memfitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Azam sebelum ini berkata tidak lagi memiliki sebarang saham di mana-mana syarikat dan semua urus niaga sebelum ini dijalankan dengan telus serta mematuhi sepenuhnya peraturan kerajaan, selain memaklumkan akaun dagangannya kini kosong yang boleh disahkan dengan Bursa Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pesuruhjaya SPRM
#Azam Baki
#saman fitnah
#Ketua Polis Negara
#Bloomberg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan