awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis akan panggil penganjur perhimpunan veteran ATM

Sinar Harian
Sinar Harian
06/06/2022
21:45 MYT
Polis akan panggil penganjur perhimpunan veteran ATM
Sekitar 1,000 veteran ATM berhimpun menuntut supaya diberikan perhatian oleh pihak kerajaan di Tugu Negara pada Isnin. - Foto Twitter/@ZareenH_s
KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil beberapa individu terlibat menganjurkan perhimpunan membabitkan Sekretariat Majlis Reunion Perjumpaan Bekas Perajurit RU6622 di Tugu Negara di sini pada Isnin untuk dirakam keterangan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, beberapa individu telah dikenal pasti dan akan dipanggil dalam masa terdekat.
"Kami telah mengenal pasti beberapa individu daripada pihak penganjur dan akan dipanggil untuk rakam keterangan.
"Pihak polis tidak menerima permohonan untuk berhimpun daripada penganjur jadi kes akan disiasat di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Isnin.
Media pada Isnin melaporkan kira-kira 1,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhimpun di Tugu Negara di sini untuk menuntut beberapa perkara termasuk penyelarasan pencen dan dijaga kebajikan mereka oleh Kementerian Pertahanan.
BACA: Veteran tentera berhimpun suarakan tiga tuntutan
BACA: Anwar desak ambil tindakan segera bela kebajikan veteran ATM
Pengerusi bersama perhimpunan, Mejar (B) Mior Rosli Mior Mohd Jaafar dalam ucapannya berkata, tujuan perhimpunan tersebut diadakan adalah bagi menyampaikan tiga tuntutan utama kepada kerajaan.
Beliau mendakwa bahawa setelah lapan tahun berjuang untuk menegakkan tuntutan yang disifatkan sebagai 'hak kumpulan pesara', namun tiada tindakan dan perhatian diberikan kerajaan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#ATM
#perhimpunan
#tugu negara
#Noor Delihan Yahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan