awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis bebas 13 pelajar selepas keterangan diambil

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/04/2022
04:07 MYT
Polis bebas 13 pelajar selepas keterangan diambil
Kesemua 13 pelajar dibebas dengan jaminan polis selepas keterangan mereka direkodkan.
LANGKAWI: Polis membebaskan 13 pelajar selepas keterangan kesemua mereka direkodkan bagi membantu siasatan kes membelasah seorang pelajar sekolah menengah di sini.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata, pihaknya telah merekodkan semua rakaman percakapan dan kesemua pelajar itu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Jelas Shariman kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 9 pagi 27 April lalu di dalam sebuah kelas.
Video berdurasi 25 saat yang merakam kejadian tular di media sosial memaparkan seorang pelajar lelaki dibelasah hampir 10 orang pelajar lain.
Menerusi rakaman itu menunjukkan seorang pelajar menyatakan sesuatu sebelum dibelasah oleh pelajar-pelajar lain.
Rakaman video tersebut juga menunjukkan pelajar tersebut dibaling dengan meja tulis terbaring di lantai kemudian turut dihentak dengan meja.
Susulan itu mangsa berusia 16 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi mendakwa dia adalah mangsa buli terbabit.
Topic Berkaitan
#pelajar dibelasah
#Langkawi
#dipukul beramai-ramai
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan